CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 24 April 2011

bosan


Pernahkan anda merasakan bosan? Bosan, jemu atau orang utara suka sebut naik cemuih yang juga membawa maksud bosan. Tak pun cemuh(kelantan) Bosan membawa maksud tidak suka atau tidak gemar untuk melakukan sesuatu..

Ada macam-macam faktor yang boleh menyebabkan bosan.. In fact kalau kita nak cakap pasal bosan, ada macam-macam cabangnya.. Bosan bercinta, bosan bekerja, bosan belajar, bosan duduk rumah dan macam-macam lagi bosannya.

Bosan ni boleh disebabkan kita tak mempunyai minat terhadap sesuatu. Bila tak ada minat, kita akan cepat merasa atau terdorong untuk menjadi bosan.

Contoh kalau masa belajar, aku tak suka subjek Biologi n sejarah.. Baca buku Bio or sej aku akan dengan mudahnya merasa bosan, tak suka. Tapi kalau aku baca pun sebab tak ada pilihan. I have to read its. I have to revise its. Otherwise I wont be able to score my paper. Nasib Biologi n Sejarah menjadi mimpi ngeri setakat sekolah menengah..(nanti smbg belajar..aku xtau, harap setakat sekolah menengah je) Hehe~spm result pom, not bad la 2 subject tu…

Bosan seterusnya adalah disebabkan oleh mind setting manusia. Belum apa-apa lagi dah cop kata benda tu membosankan. If we look up for mind-set definition from the view of psychology, the ideas and attitudes with which a person approaches a situation..

Kalau dah from the first day tanam dalam fikiran, subjek ini susah. Contohnya addmath, biology,chemistry,physics..(time sekolah menengah) Maybe kalau kita ni orang yang senang terpengaruh dengan rumors dari senior dan ditambah lagi dengan sikap diri sendiri yang kurang keyakinan diri, rentetan daripada perkara macam ni, akan mudahnya rasa bosan nak mulakan tapak binaan dalam minda kita. Maka, lagi mudahnya kegagalan masuk ikut pintu utama. So, dalam apa pun perkara yang kita kena hadapi, positive thinking perlu ada. Lebih daripada tu, WAJIB rasanya untuk mempunyai pemikiran yang positif sebab impaknya walaupun tak berapa nampak dengan mata kasar tapi sebenarnya besar! Antara kita sedar dengan tak saja.

Bosan juga boleh disebabkan daripada perkara yang menjadi rutin harian kita. Benda macam ni, asalnya tak ada feeling macam, tak suka, tak minat. Tapi disebabkan pengulangan... hari-hari buat benda yang sama, makanya rasa BOSAN tu cepat saja menyapa minda.

Contohnya situasi aku sekarang..urrhhh!! makan, tido, makan tido, fb, fb,fb. Memang bosan. Aktiviti same je, nak pergi enjoy2 pom xboleh, xtau nk kemana n nak buat ape. Dats why my entry bertajuk bosan. Memang aku bosan, bosan, dan bosan. Bila rasa bosan mula masuk dalam diri aku ni. Owwwwwwwwhh…. My condition, sitting in front of my lappy,listening 2 songs, facebooking, blogging, youtubing, urrhh, xde kerja laen. Kalau lappy ni rosak, entah ape yang jadi dengan aku ni. Sekian..?? aih..macam buat essay la plak..hehe~

No comments:

Post a Comment